Apabila mendengar siren daripada ambulans, kebanyakan kereta akan terus bergerak ke tepi untuk beri laluan kerana ada nyawa yang perlu diselamatkan.
Namun tular video di media sosial mengenai seorang wanita yang dikatakan adalah pembantu perawatan kesihatan (PPK) merakam dirinya sendiri dalam keadaan kecemasan.
“Sempat lagi berlumba-lumba,” ujar kapsyen video berdurasi 19 saat itu yang menaikkan kemarahan netizen.
Lebih menyedihkan wanita tersebut juga merakam keadaan di luar ambulans dengan merakam kenderaan yang cuba memintas mereka.
Menurut portal mStar, kapsyen tersebut tidak dipastikan dituju kepada ambulans yang dinaiki atau kepada kenderaan yang memotong.
Secara umumnya, ia adalah salah untuk merakam diri sendiri dalam keadaan beruniform dan ramai sudah dikenakan tatatertib jadi mustahil wanita tersebut tidak tahu.
“Boleh ke muat naik ke media sosial ketika menjalankan tugas? Atas jalan bukan main minta laluan.
“Tapi di dalam ambulans berseronok buat story dengan kapsyen ‘berlumba’,” soal netizen yang membuat hantaran tersebut di Facebook.
Malah terlihat dalam video berdurasi 33 saat itu, seorang pesakit warga emas yang terbaring dan jelas pesakit dalam keadaan tenat.
Bukan hanya video biasa, petugas tersebut sempat memberikan ciuman layangan dan menjelirkan lidah yang dilihat tidak menghormati baju uniform dikenakannya.
Bagaimanapun tidak dinyatakan bila dan lokasi rakaman tersebut dilakukan dan video tersebut menyebabkan masyarakat memandang serong kepada petugas kesihatan.
“Aku risau lepas ni, orang awam dah tak nak bagi laluan dah kat ambulans lagi disebabkan benda-benda macam ni. Renungkanlah.
“Betul la ambulans tu sedang bawa pesakit, cuma petugas ni je yang entah apa-apa.
“Respek sikit uniform tu,” antara komen netizen.
Selain itu ada juga netizen menyatakan ambulans berkenaan bukan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan talian hotline yang tertera pada tingkap kenderaan itu.