Miss Universe adalah pertandingan kecantikan tahunan antarabangsa yang diadakan oleh Miss Universe Organization.
Bukan sahaja kecantikan diambil kira, pengetahuan am yang meluas juga penting kerana setiap seorang mewakili negara yang berbeza.
Namun hingga kini isu pakaian masih menjadi isu, entah apa yang mahu dibuktikan oleh pertandingan tersebut untuk meminta wanita untuk berbogel.
Menurut Kompas, salah seorang peserta yang hanya dikenali sebagai PJ mendakwa pihak penganjur memintanya untuk menanggalkan pakaian dalam bagi pemeriksaan fizikal.
Jika ia dibuat secara tertutup ia tidak menjadi masalah namun ia dilakukan di dalam sebuah bilik yang dipenuhi lebih 20 orang termasuk lelaki.
Enam peserta pertandingan Miss Universe Indonesia 2023 telah membuat laporan kepada pihak polis mendakwa penganjur melakukan gangguan seksual terhadap mereka.

“Saya salah seorang finalis awal yang melakukan body checking. Saya masuk ke sebuah ruangan, buka baju tetapi masih memakai bra.
“Namun saya diminta membuka bra. Walaupun terkejut, saya tetap mengikut arahan mereka untuk membuka bra.
“Saya kemudiannya menutup payudara saya dengan tangan kerana malu terdapat beberapa orang lelaki di dalam bilik itu,” ujarnya.
Disebabkan tindakannya menutup payudara dengan tangan, PJ mendawa dimarahi kerana tidak berbangga dengan tubuh sendiri.
“Mereka memarahi saya kerana menutup payu dara saya dengan tangan. Mereka memaklumkan bahawa saya tidak berbangga dengan tubuh badan saya sendiri.
“Mereka juga mempersoalkan saya dengan berkata, ‘Bagaimana sekiranya saya dihantar ke pertandingan antarabangsa yang mungkin memerlukan saya berbogel,” tambahnya.
PJ menganggap dirinya bernasib baik kerana tidak melalui proses menangkap gambar dalam keadaan bogel seperti beberapa finalis yang lain.
Menurut media, pertandingan ratu cantik itu diadakan di ibu negara Jakarta dari 29 Julai hingga 3 Ogos yang lalu.
Pihak polis juga mengesahkan telah menerima laporan yang dibuat dan akan mula menjalankan siasatan.