Semua tahu susahnya untuk mengawal diri ke tandas apabila terkena cirit-birit, apatah lagi ketika berada dalam pesawat.
Menurut Mothership, sebuah pesawat Delta Airlines terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan selepas penumpangnya alami cirit birit.
Kejadian itu dilaporkan berlaku selepas dua jam pesawat tersebut berlepas dari Atlanta, Georgia ke Barcelona, Sepanyol pada 1 September lalu.
Menara kawalan trafik udara dikatakan telah menerima mesej daripada juruterbang yang memaklumkan mereka berdepan dengan kejadian kecemasan.
“Kami mempunyai penumpang yang mengalami cirit-birit sepanjang perjalanan,” maklum juruterbang dalam rakaman audio melalui LiveATC.net.
“Penumpang cirit-birit di merata tempat dalam pesawat,” kejadian itu disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Persekutuan.
Lebih mengejutkan, najis penumpang tersebut dikatakan berada di sepanjang lorong pesawat.

Penumpang yang lain dan anak kapal dipindahkan ke pesawat seterusnya dan tiba ke destinasi mereka pada 5.10 petang keesokan harinya.
Susulan daripada itu, ketibaan penerbangan tersebut telah mengalami kelewatan selama lapan jam.
Tidak dapat dipastikan sama ada penumpang yang mengalami cirit-birit itu turut menaiki penerbangan yang baru itu.
Seorang pengguna TikTok tampil berkongsi video keadaan di dalam pesawat tersebut.
Rata-rata warganet bersimpati dengan penumpang tersebut kerana kejadian itu pastinya di luar jangkaan, malah mengharapkan mereka yang lain memahami dan tidak menyebarkan video itu.
Baca juga: Patutlah laku keras! Peniaga kantoi calit makanan pada alat sulit, banyak kali pula tu…