Pelbagai cara dilakukan peniaga untuk menarik pelanggan malah ada yang sanggup berjumpa bomoh demi memastikan orang ramai datang ke kedainya.
Tular rakaman peniaga wanita yang dikatakan telah melakukan ritual aneh ketika berniaga di satu gerai.
Terlihat wanita tersebut seolah-olah menyapu makanan yang dijualnya, pada kemaluannya sendiri.
Kononnya ritual tersebut adalah untuk melariskan jualan, entah apalah perasaan pelanggan bila tahu makanan mereka dicemari dengan tangan yang memegang alat sulit.
Perbuatan tersebut akhirnya terbongkar selepas pemilih rumah berdekatan melihat wanita tersebut menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman tersebut juga menunjukkan wanita berkenaan menghentikan gerai bergerak miliknya di tepi jalan.
Ketika menyusun barang niaga, peniaga itu dilihat beberapa kali memasukkan makanan ke bahagian alat sulitnya.
Sebelum melakukan perbuatan yang menjijikkan itu, dia terlebih dahulu memerhati keadaan sekeliling.
Bukan hanya sekali dua, tetapi peniaga wanita itu melakukannya berulang kali. Kejadian tersebut juga berkemungkinan berlaku di Indonesia.
Setiap manusia patut percaya yang rezeki itu datang daripada Tuhan dan bukannya dengan amalan syirik.
Baca juga: Cerai lepas 14 tahun nikah, wanita sukar terima kenyataan suami disondol nenek