Presiden Indonesia, Prabowo Subianto hari ini dilaporkan memiliki harta lebih Rp2.04 trilion iaitu kira-kira RM520 Juta.
Laporan itu dikeluarkan sendiri oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) yang mengeluarkan analisa berkaitan kekayaan Presiden Indonesia itu.
Jumlah ini meningkat sekitar Rp19 bilion (RM4.93 juta) berbanding laporan sebelumnya, yang mencatatkan kekayaan sebanyak Rp2,042,682,732,691 atau kira-kira Rp2.04 trilion (kira-kira RM519 juta).
Malah, tiada sebarang rekod hutang yang dilaporkan oleh agensi itu berkaitan dengan Probowo.
Memetik Laporan Harta Kekayaan Penjawat Awam (LHKPN) yang diterbitkan oleh KPK seperti dilapor thevocket, bahagian terbesar ialah terdiri daripada aset hartanah berupa tanah dan bangunan yang bernilai Rp294.5 bilion (kira-kira RM76.35 juta).
Selain itu, beliau juga dilaporkan memiliki 7 buah kenderaan daripada pelbagai jenama, iaitu Toyota Alphard mini bus, Honda CR-V Jeep, Land Rover Jeep, Toyota Land Cruiser Jeep, Mitsubishi Pajero Jeep, Toyota Lexus Jeep dab Land Rover Jeep.
baca: Hakim