Punca penceraian Nubhan dan isteri didedahkan

Oleh ROSLAN ZAMAN

Penyanyi yang juga bekas pelajar Akademi Fantasi, Nubhan mengejutkan semua pihak hari ini apabila menceraikan isterinya,  Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Pasangan itu sering dilihat sangat mesra di media sosial sehinggakan mengumpul ramai pengikut di tiktok dan facebook.

Memetik laporan mStar, sumber terdekat memberitahu punca perceraian pasangan tersebut agak rumit dan melibatkan faktor peribadi yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.

Mengikut sumber tersebut, orang ketiga tiada kaitan dengan hal penceraian Nubhan dan isteri.

Saya mohon peminat beri ruang untuk Nubhan. Apa yang boleh saya kongsi, punca perceraian bukan disebabkan orang ketiga. Tiada istilah Nubhan atau isterinya mempunyai skandal.

Sehingga sekarang, tiada penjelasan yang dikeluarkan oleh sleebriti itu setakat ini.

Nubhan sejak akhir-akhir ini popular dengan perniagaan Salai bersama ibunya yang digelar “Mak Jenny”. Telatah ibu dan anak itu sering menjadi trending di media sosial.