Entah mengapa ramai di antara kita yang terlalu obses dengan kulit seputih kertas sehingga sanggup membahayakan nyawa sendiri.
Pengambilan produk untuk memutihkan kulit secara berlebihan sebenarnya dapat memberi kesan sampingan kepada fungsi hati dan buah pinggang.
Tular video seorang wanita di Twitter yang kerap membandingkan kulitnya yang putih dengan mereka yang berkulit lebih gelap.
Pada dasarnya, wanita tersebut tidaklah dilahirkan putih tetapi disebabkan pengambilan supplemen.
Rata-rata warganet mempersoal mengapa dia mahu kelihatan terlalu putih sehingga sanggup merisikokan nyawa sendiri.
“Dia ini berusaha betul nak promosi produk pemutihan kulit sampai sanggup banding warna kulit dengan orang lain.
“Kenapa nak putih sangat ni? Nak jadi duta Nippon White Paint ke? ” komen pengguna Twitter.
“Nampak macam dia rosakkan kulit dengan menggunakan merkuri. Itu adalah sangat membahayakan,” tambah pengguna lain.
“Menakutkan gila putih macam kertas dah,” ujar Shasha.
Pendedahan kepada merkuri boleh memberi kesan mudarat terhadap kesihatan. Merkuri boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, kerosakan sistem saraf.
Malah merkuri juga boleh mengganggu perkembangan otak bayi dalam kandungan atau bayi yang baru lahir.
Baca juga: Ahli bina badan popular maut, leher patah dihempap ‘barbell’ seberat 210KG ketika bersenam