Rakyat Malaysia bawa RM50 ke Dannok Thailand macam-macam boleh beli, RM50 sarapan di Langkawi pun tak cukup

Oleh NASUHA RAHMAN

Seorang rakyat Malaysia mendedahkan dengan RM50 tunai beliau boleh membeli bermacam-macam jenis makanan di Dannok Thailand.

Pengguna akaun TikTok PrinceOfDannok difahamkan telah mengadakan trip ke Dannok Thailand pada 21 September lalu di mana di situ cukup terkenal dengan syurga makanan.

Pendek kata amat rugi jika ke sana tanpa mencuba pelbagai makanan yang dijual.

Dengan berbekalkan tunai sebanyak RM50 atau 400 baht Thailand beliau telah membeli 7 jenis makanan termasuk makanan viral halal food.

Rakyat Malaysia bawa RM50 ke Dannok Thailand macam-macam boleh beli, RM50 sarapan di Langkawi pun tak cukup

Beliau turut menyenaraikan makanan yang dibeli antaranya, nasi telur dadar berharga 40 baht, lok ching (satey ikan) 10 cucuk 60 baht, kuih telur kura-kura 15 biji 20 baht, nenas potong 35 baht, daging bakar Dan Nok 80 baht, dan viral halal food di 7E 99 Baht.

Di mana jumlah kesemua yang dibelanjakan sebanyak 394 baht dan ada lagi baki sebanyak 6 baht, siap boleh bungkus lagi.

Baca Artikel Penuh