Bagai bulan jatuh ke riba, lelaki Sepanyol terkejut apabila menemui wang tunai lama dalam enam tabung yang ditanam dalam dinding ketika sedang mengubahsuai rumah.
Tono Pineiro menemui wang berjumlah £47,000 (RM245,000) semasa melakukan kerja pengubahsuaian rumah yang akan didiaminya semasa bersara nanti.
Bagaimanapun, kegembiraan Pineiro tidak kekal lama apabila wang kertas yang dibawa ke Bank of Spain sebenarnya wang lama.
“Saya pergi bank untuk mengesahkan mata wang ini dan malangnya mereka sudah menghentikan pengeluarannya lebih 20 tahun lalu,” katanya kepada agensi.

Tidak patah semangat, Peneiro membuat keputusan menjual duit tersebut kepada pengumpul wang lama dan memperoleh pulangan sebanyak £30,000 (RM156,000).
“Saya rasa mereka menyimpan dalam tabung ini bagi menghalang kelembapan wang tunai ini supaya tidak mudah rosak,” tambahnya.
Peneiro turut menambah bahawa dia akan menyimpan saki baki wang itu sebagai cenderahati.
Baca juga: “Runtuh hati daddy, baru hari pertama sekolah dah jadi macam ini”