Rider tergamam, dilimpahi rezeki lepas bantu baiki rantai basikal milik anak istimewa

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang lelaki tidak menyangka bakal dikurniakan rezeki yang melimpah ruah setelah memutuskan untuk membantu seorang kanak-kanak istimewa.

Ketika kejadian, lelaki yang berkerja sebagai penghantar makanan atau rider itu sedang menjalankan tugas menghantar pesanan kepada pelanggan.

Tiba-tiba, pemuda tersebut terserempak dengan anak istimewa atau orang kelainan upaya (OKU) yang kelihatan runsing memandang basikalnya.

Bila didekati, basikal milik anak istimewa itu rupa-rupanya mengalami kerosakan dan tidak dapat bergerak kerana rantainya sudah tercabut.

Rider tersebut kemudian membuat keputusan untuk membantu membaiki basikal kanak-kanak itu selepas menghantar pesanan pelanggan.

Siapa sangka, rider berkenaan bakal mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka sejurus selesai membantu kanak-kanak istimewa itu.

“Selepas aku tolong adik ini, ada dalam 5-6 orang pelanggan membuat pesanan dengan membayar secara tunai dan semuanya bagi tip.

“Mereka memberikan aku tip atas RM5. Aku rasa kagum, Allah bayar cash mat. Dalam hari itu sahaja, duit tip aku mencecah RM50,” katanya.

@wanpedrochaka

Ceritanya mcm ni☺️ aku masa ni nak hantar oder. Ade ternampak adik ni duk tengok je rantai basikal dia . Dalam kepala aku mungkin rantai tercabut kot. so aku tanya dia knp dik? dia kata x tau la. x boleh nak kayuh la. sambil dia pandang muka aku.Bila aku tengok muka dia rupanya dia anak istimewa yang jenis muka sama je semua tu. apa tah nama dia aku lupa. And then aku ckp kat dia kejap dik adik tunggu situ. sebab aku nk hantar oder kejap rumah cust depan tu sikit je x jauh. so aku dtg balik nak tlg dia la. so seperti yang aku pikir tadi memang betul rantai dia tercabut. so aku turun la tlg dia mcm dlm video. pastu hujung2 tu aku ade tanya dia adik nk pergi mana surau ke? yela sebab dia pakai kopiah kan depan tu sikit ade surau. aku pon ckp okay la hati2 and then dia pon ckp terima kasih. Dekat sini bukan aku nak tunjuk yang aku ni acah2 baik ke apa ke tak.Tapi kalau korang ade rase aku mcm tu aku mintak maaf awal2 la ye☺️🙏 Point dia dekat sini yang aku nk cerita sebenarnya nak tahu apa? Lepas je aku tlg adik ni. Ade dalam 5-6 org cust oder cash semua bagi tips dekat aku atas rm 5. So aku rase mcm waw. Allah bayar cash mat. yelah mende aku boleh je pulang baki xde masalah pon. Tapi tu la, aku rase haritu duit tips saja aku dpt dlm rm 50🥺 sapa nak bagikan? dalam app lagi ade cust bagi tips.Maknanya memang betul la org kata kalau kau buat kebaikan allah balas dgn kebaikan. Tapi kalau kau buat kejahatan kadang allah x balas pon sebab dia masih sayangkan kau. Tujuan record memang utk simpanan sendiri je x de niat nk menunjuk. Jadi lepas ni kalau korang ade nampak org dalam kesusahakn tepi jalan. kat mana2 ke kalau ade masa and ruang cuba la bantu. mana tahu allah balas lebih kan?☺️ Semoga korang semua yang baca dipermudahkan urusan dan dilacarkan rezeki🤲🫶 #tiktokmalaysia #fypシ #foodpandamalaysia #foodpanda #fyppage #fypforyou #akuhanyariderpanda #fyp

♬ original sound – GAJAH TERBANG – GAJAH TERBANG

Meluahkan rasa syukur, lelaki tersebut turut menerima tip menerusi aplikasi penghantaran makanan atas talian yang boleh ditunaikan kelak.

Tular di media sosial, lelaki tersebut berkongsi keajaiban yang dialaminya itu menerusi satu hantaran video di akaun TikTok miliknya.

Bukan bertujuan untuk ‘tunjuk baik’, rider tersebut berharap perkongsian itu dapat memberi inspirasi kepada penonton untuk membantu orang lain.

Baca juga: Tolonglah jangan letak kain atas peti ais, memang nampak cantik tapi sebenarnya bahaya