Ringgit meroket, pekerja Indonesia paling gembira gaji makin mahal

Oleh KIM SYAZIE

Pengukuhan nilai Ringgit Malaysia kebelakangan ini membawa kesan kepada ribuan pekerja warga Indonesia di negara ini, apabila kiriman wang ke kampung jauh lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya.

Perkara ini dikongsikan sendiri warga Indonesia yang bekerja di sini, bagaimana kekuatan ringgit kini memberi kelegaan kepadanya.

Gajinya juga jika ditukar dalam Rupiah, meningkat drastik.

“Secara tidak langsung, gaji saya setahun ini naik 14 peratus di Malaysia jika ditukar kepada Rupiah,” kongsinya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh netizen Indonesia. Sebahagiannya turut tumpang gembira dengan perkara itu.

Apatah lagi, kebanyakan golongan muda Indonesia merantau ke Malaysia demi mencari pekerjaan yang lebih baik.

Baca juga: Isteri mengesot keluar bilik air, suami tendang kena parut czer ketika mandikan anak