Risau lesung batu tak tahan lama, ikut petua orang tua, bertahun boleh guna

Oleh MAISARAH AISYA

Walaupun zaman sekarang ramai memilih untuk menggunakan ‘blender’ tapi kebanyakan orang masih selesa dengan lesung batu.

Walaupun penat, hasil lebih memuaskan dan rasanya kadang-kadang lebih sedap ditumbuk berbanding dikisar kasar.

Bagi sesetengah orang mesti ada memiliki lesung batu diturunkan daripada nenek, kualiti dan cara penjagaan yang baik akan menyebabkan ia tahan lama.

Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Zulfa’s Kitchen mengenai pengunaan dan cara menjaga lesung batu.

Tip menggunakan lesung batu

  1. Bagi mengubah konsistensi bahan yang dikisar supaya lebih cair, boleh tambahkan sedikit air ke dalam bahan yang sedang dikisar.
  2. Alaskan bawah lesung dengan kain yang tebal bagi mengelakkan bunyi yang kuat dan geseran di permukaan meja, lantai ketika menumbuk bahan.
  3. Kain berfungsi menyerap bunyi dan hentakan.
  4. Potong bahan (seperti bawang merah, halia dan kunyit) yang perlu ditumbuk kepada bahagian yang kecil bagi mengelakannya terpelanting keluar.
  5. Sebelum menggunakan batu lesung yang baru dibeli, tumbuk segenggam beras putih ke dalam lesung bagi membersihkan sebarang sisa debu dari bahan lesung itu sendiri dan bilas menggunakan air suam.
  6. Gunakan saiz lesung batu yang bersesuaian dengan kapasitinya bagi mengelakkan bahan yang ditumbuk melimpah keluar.

Cara menjaga lesung batu

  1. Pastikan lesung batu dibasuh bersih selepas digunakan bagi menghilangkan bau, warna dan rasa yang melekat.
  2. Untuk jenis lekatan degil, lesung boleh dibasuh dengan bahan berasid seperti limau, asam jawa.
  3. Terbalikkan atau keringkan permukaan dalam lesung bagi mengelakkan air bertakung.
  4. Simpan lesung batu di tempat yang bersesuaian bagi mengelakkan pertumbuhan kulat.
  5. Sekali-sekala tumbuk, lenyek garam kasar dalam lesung batu untuk meratakan permukaannya.

Baca juga: Gara-gara makan roti tanpa izin, pelajar tahfiz didakwa cedera ditampar warden berkali-kali