Chegu Bard kena 2 tuduhan fitnah dan hasut, rosakkan nama baik Agong

Oleh MAISARAH AISYA

Tular sebelum ini mengenai Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard yang mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan isu KK Mart.

Hari ini, Chegu Bard di dakwa di Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, Chegu Bard didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah di mana beliau mempunyai sebab untuk percaya bahawa ia akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Kesalahan didakwa dilakukan di Istana Negara, jam 6 petang pada 22 Januari lalu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa kepada hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Chegu Bard turut berdepan tuduhan membuat penerbitan menghasut di Taman Bukit Cheras, di sini, jam 12.15 tengah hari, 6 April lalu.

Baca Artikel Penuh