Jika dilihat pada saiz maka tiada siapa akan menyangka harga sekilo haiwan ini mencecah RM4,000 sekilogram.
Sebelum datang semua teknologi, kanak-kanak lebih memilih untuk berada di luar rumah dan bermain dengan apa sahaja binatang yang dijumpai.
Undur-undur adalah sejenis binatang di kawasan yang berpasir, namanya datang kerana gerakan haiwan tersebut yang dilihat ke belakang dan bukan ke hadapan.
Ia juga sejenis serangga yang biasanya menyerang serangga-serangga yang lebih kecil seperti semut.
Menurut TribunPalu, haiwan itu kini menjadi buruan kerana dipercayai mempunyai sifat yang luar biasa.
Haiwan yang jarang dilihat ini rupanya adalah salah satu ubat herba di China dan beberapa platform media sosial serta kedai dalam talian menjual haiwan ini pada harga yang agak tinggi, terutama di China.
Mereka menjualnya daripada 10 gram dan mengandungi 69 ekor haiwan undur-undur, yang bermakna satu kilogram(kg) haiwan ini bernilai ribuan ringgit.
Menurut laman Toutiao, kira-kira 1kg haiwan ini bernilai sekitar RM4,000 ke atas.
Menurut kepercayaan, haiwan ini digunakan sebagai bahan asas pengubatan cina, dikatakan memiliki kesan membersihkan panas dan detoksifikasi, penyebaran kahak dan diuretik.
Selain itu, ia turut mempunyai ciri-ciri untuk merawat tekanan darah tinggi, batu karang, dan penyakit lain.
Dikatakan juga bahawa haiwan ini mempunyai permintaan yang tinggi kerana harganya dan keuntungan, kini ia semakin sukar ditemui.
Baca juga: Sedekah RM50 pada orang gila, pemuda raih untung RM50,000 dalam masa sehari