Salah tebang pokok mempelam, MPK dan kakitangan diarah bayar guru RM40,000

Oleh KIM SYAZIE

Hanya kerana potong pokok mempelam guru wanita, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan seorang kakitangannya semalam diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM40,000.

Mereka didapati bersalah menceroboh serta menebang pokok mempelam milik guru berkenaan, lima tahun lalu lapor Utusan Malaysia.

Hukuman terhadap kedua-dua defendan diputuskan Majistret Wan Suhaila Mohd selepas mendapati wujud pencerobohan yang dilakukan Unit Tindakan Khas (UTK) MPK di kawasan rumah guru berkenaan di Kampung Mak Chili Paya di sini pada 11 Mac 2018.

Kakitangan UTK MPK dikatakan telah bertindak menebang pokok mempelam milik guru tersebut selepas diarahkan kakitangan MPK, Kamsiah Mohd. yang juga merupakan jiran wanita berkenaan.

Kakitangan UTK didakwa menceroboh kawasan ketika rumah guru tersebut tidak berpenghuni dan menebang pokok mempelam milik plaintif.

Mahkamah mendapati defendan kedua iaitu Kamsiah, bersalah kerana memberikan arahan penebangan pokok yang salah kepada unit UTK tersebut.

Baca Artikel Penuh