Apabila sudah menerima bantuan maka sepatutnya ada inisiatif sendiri untuk berdikari dan bukan selamanya bergantung pada orang lain.
Seorang wanita cuba meraih simpati ramai dengan mengadu bahawa dia dan keluarga telah dihalau keluar dari rumah sewa selepas pendakwah terkenal, Ebit Lew lambat membuat pembayaran.
Wanita itu turut mengadu bahawa bil eletrik dan air juga tidak dibayar, hingga menyebabkan mereka menjadi gelandangan.
Tambahnya, Ebit Lew pernah berjanji akan terus membayar rumah sewanya selagi dirinya masih hidup.

Rata-rata warganet berang kerana wanita tersebut dan keluarga langsung tidak berusaha untuk mengubah hidup sendiri dan bergantung sepenuhnya pada orang lain.
“Sejenis tak tahu nak bersyukur, asyik salahkan orang lain atas kesusahan hidup sendiri. Tuhan kata Dia takkan ubah nasib sesuatu kaum, melainkan depa sendiri yang ubah nasib depa.
“Sampai bila nak harap orang bantu? Takkan nak hidupkan diri sendiri pun malas sangat?” komen @IniAlalalannn.
“Itulah ada sesetengah orang, pihak zakat akan siasat dulu, sebab memang ada ya orang yang sentiasa menadah dan meminta tapi tak nak ubah nasib sendiri,” tambah Maryam.
“Masa orang itu bayarkan sewa dan bila, korang tak pergi cari kerja ke? Patut kalau dapat kerja, boleh simpan duit sikit. Ini duduk dekat rumah dan harap orang tanggung semua,” jar pengguna media sosial.
Bila sudah dapat bantuan, maka berusahalah untuk mengubah nasib sendiri, bukannya sampai ajal tiba bergantung pada orang sahaja.
Baca juga: Tindakan sukar diambil, video ajaran sesat ‘SiHulk’ rupanya dirakam di luar negara