Apabila pasangan suami isteri bercerai, yang sering menjadi mangsa keadaan adalah anak, mereka inilah akan tersepit antara ibu atau bapa.
Kini ada pula kes anak perempuan yang baru berusia 11 tahu dibuang oleh emaknya sendiri kerana suami baru tak suka anak ini.
Kes ini dikongsi melalui Facebook Herman Sudil yang kasihan akan nasib budak perempuan ini yang hilang tempat bergantung.
Alasan diberikan bapa tiri adalah kerana anak ini ‘bermasalah’.
“Tolong lah jadi emak jangan ‘kebulur jantan’ sampai sanggup buang anak sebab tak nak suami marah.
“Ada sebab mengapa anak perempuan ini tak nak duduk dengan bapak tiri dia.
“Sanggup tunggu emak balik kerja pukul 11 malam, kelaparan dari balik sekolah tengah hari dan tunggu di luar sebab tak nak ada serumah dengan bapa tiri.
“Kalau lari rumah tak nak balik, pergi rumah cikgu sekolah wanita bukan lepak dengan kawan,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.
Herman turut memaklumkan suami ini adalah bapa tiri kedua dan budak itu tidak mempunya masalah untuk tinggal bersama dengan bapa tiri terdahulu.
“Emak tak boleh fikir ke mungkin ada sesuatu yang menyebabkan anak itu tak nak duduk serumah dengan bapak tiri tanpa kehadiran emak.
“Ini bapak tiri ke dua. Sebelum ini bapak tiri yang lain ok sahaja dia tak buat masalah. Tolong lah jadi orang tua pertahankan anak.
“Jangan pandai buat anak tetapi bodoh menjaga anak. Jangan sedap nak kahwin tetapi bodoh nak pertahankan anak,” tambahna.
Tambahnya lagi, pengurus wanita cuba selesaikan urusan di balai polis untuk bawa budak perempuan tersebut ke rumah perlindungan kanak-kanak TBQ Amal.
Ibu kepada budak perempuan tersebut juga dengan rela hati tanda tangan semua dokumen untuk serahkan anaknya.
Mungkin ada sebab si ibu merelakan hati untuk beri anaknya, mungkin ia adalah satu bentuk perlindungan daripada bapa tiri.