Ada yang memilih untuk berkahwin lewat bukan kerana menolak perkahwinan, sebaliknya kerana percaya jodoh belum tiba pada waktunya.
Buat pelakon Mia Nasir, dia menolak untuk menjadi isteri kedua atau duda sebagai calon suami pada masa akan datang.
Jelasnya dia lebih rela bersuamikan lelaki bujang kerana tidak mahu terlibat dalam konflik dengan keluarga bekas isteri lapor Kosmo! Online.
“Setakat ini saya tidak pernah ditawarkan menjadi isteri kedua daripada mana-mana lelaki. Itu adalah benda yang paling saya nak elak sedangkan ramai lagi lelaki muda yang belum berkahwin.
“Kenapa perlu rampas suami orang? Saya tak mahu layan anak orang dan drama isteri pertama atau bekas pasangan, kalau boleh ingin jadi satu-satunya permaisuri dalam hidupnya.
“Kalau tiada duit sekali pun, perkara itu boleh usahakan bersama, jika dia staf restoran makanan segera pun, tak apa.
“Sekurang-kurangnya bekerja dan ada duit yang halal,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online!.
Dalam masa sama, pelakon berusia 34 tahun itu lebih rela membujang daripada mengahwini lelaki berstatus suami orang.
“Saya rela membujang daripada jadi isteri kedua atau berkongsi dengan sesiapa. Suami orang, ‘bye-bye’!” katanya lagi.
Baca juga: Isteri mengesot keluar bilik air, suami tendang kena parut czer ketika mandikan anak