Sedap makan kaki ayam pedas di Korea, sekali dah habis baru perasan ada usus, kepala babi dekat sebelah

Oleh KIM SYAZIE

Bagi orang Islam, mencari makanan halal di negara luar bukanlah senang apatah lagi mahu menikmati snek jalanan yang menggiurkan.

Buat dua sahabat ini, pengalaman melancong di Korea Selatan akan menjadi salah satu perkara yang sukar dilupakan.

Bukan sekadar muzik, apa sahaja yang melibatkan Korea menjadi tatapan semua terutamanya makanan jalanan yang sering terlihat dalam drama di sana.

Namun begitu, makanan mereka pastinya banyak tidak halal kerana kekurangan populasi yang menganut agama Islam.

Menerusi akaun TikTok, @sisangpoetri dia memuat naik pengalaman bercuti di Korea bersama rakannya.

@sisangpoetri

Replying to @Dessertku94 Positif thinking aja masih halal soalnya kita cuman makan tteokboki sama ceker ayam #fypシ #korea

♬ оригинальный звук – ayazkyz

Dua wanita ini menghadapi kesukaran sama dalam mencari makanan halal namun teruja selepas menemui gerai kecil yang menjual Dakbak (kaki ayam pedas manis).

Keterujaan menemui makanan tersebut menutup sedikit mata mereka daripada menyedari bahawa gerai tersebut turut menjual khinzir.

Tidak hanya itu, bekas usus dan kepala khinzir masak itu terletak bersebelahan dengan kaki ayam yang dibeli mereka.

Mereka bagaimanapun tidak menyalahkan pemilik kedai tersebut disebabkan kealpaan mereka sendiri.

Malah mereka turut berkongsi bagaimana sikap mak cik di Korea sama sahaja seperti yang ada di negara mereka, sangat ramah dan suka memuji.

Rata-rata warganet bagaimanapun mempersoal sama ada ayam yang dimakan itu disembelih atau tidak.

“Ayamnya disembelih ke tidak,” komen pengguna TikTok.

“Dekat Korea, 90 peratus makanan tak halal. Bukan kerana babi sahaja tap cara masakannya,” tambah pengguna lain.

“Rasanya ada sahaja kedai halal di sana lupa nama apa tapi milik orang Malaysia,” ujar pengguna aplikasi tersebut.

Bab halal ini bukan hanya tolak khinzir sahaja, cara penyembelihan dan penyediaan juga mampu membuatkan ia menjadi tidak halal.

Baca juga: Rosyam Nor cabar umat Islam, tawar hadiah RM110,000 untuk pertandingan azan