‘Sejak kerap ‘travel overseas’ dah tak sanggup nak kutuk negara sendiri’ – luahan rakyat Malaysia

Oleh KIM SYAZIE

Perkongsian seorang pengguna Threads mencuri perhatian ramai selepas mengatakan dia tidak sanggup mengutuk negara sendiri selepas sering kali melancong ke luar negara.

Dalam perkongsian ringkas itu, individu menggunakan akaun nurajeerah bersyukur dengan segala kemudahan di Malaysia yang tidak ada di negara lain.

“Sejak kerap travelling overseas rasa tak sanggup nk kutuk negara sendiri.

“Harga minyak? Fasiliti pendidikan? Kesihatan? Ketamadunan? We are way better than most countries,” tulisnya disertai emoji menangis yang mencuit hati ramai.

Perbincangan di ruangan komen juga hangat.  Rata-rata komen memberi sokongan dan mengakui banyak perkara di Malaysia yang sebenarnya lebih baik daripada jangkaan.

Seorang pengguna membalas hantaran itu; “This is what I want to hear. Balik-balik dengar orang complain. Jarang dengar orang bersyukur.”

Seorang lagi netizen berkata; “Aku pernah baca seorang mamat ni punya bebenang. Biasanya orang yang kutuk Malaysia dialah yang terpaling melancong ke Thailand tak pun Batam,” komennya disertai emoji gelak.

Baca juga: Pencipta kandungan seram tak pergi Villa Nabila, dedah fakta sebalik dakwaan kes bunuh