Umum sedia tahu, manusia bukanlah satu-satunya penghuni di muka bumi ini, malah ada lagi makhluk yang tidak ternampak pada mata kasar.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bukanlah satu fasa yang senang, ramai yang bersusah payah demi mencari wang tanpa mengira waktu.
Kisah yang berlaku pada tahun 2021 ini dimuat naik oleh Facebook Info Sungai Petani, individu ini berkongsi kisah seram membuat penghantaran makanan kepada wanita.
Individu terbabit pada awalnya tidak percaya akan benda tahyul ini namun kejadian tersebut membuka matanya, apatah lagi duit yang diterima bertukar menjadi daun.
“Masa buat penghantaran, saya tak nampak muka pembeli tapi ada bau yang sangat busuk menyebabkan saya rasa tak sedap hati.
“Selepas bergerak, saya pandang cermin sisi motosikal, tapi perempuan itu sudah sekelip mata.
“Perjalanan keluar dari kawasan tersebut diikuti suara anjing yang menyalak di kiri, kanan, depan dan belakang smpailah saya keluar dari taman itu,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
Selepas kejadian itu, individu tersebut mengalami demam selama seminggu, lebih menakutkan panggilan keluar masuk ke pelanggan tersebut turut hilang.
“Yang tak masuk akal! Rekod panggilan keluar masuk hilang. Macam tak pernah wujud.
“Ustaz yang merawat saya cakap bahawa tiada yang mustahil, ini mainan jin.
“Apa yang saya akan ingat sampai bila-bila adalah nama perempuan itu, Haslinda, suara serak basah, dan baunya sangat busuk,” tambahnya.
Walaupun seram kisah tersebut, rata-rata warganet terkejut bahawa makhluk tersebut pandai menggunakan teknologi.
“Bukan biasa-biasa hantunya pandai guna aplikasi untuk buat pesanan. Aku sendiri pun tahu nak pesan macam mana.
“Pandai dia order online noh, jin pun berpendidikan sekarang,” antara komen warganet.
Baca juga: Pakai jubah lusuh tapi bayar zakat RM1 juta, amil terkejut, ingatkan fakir miskin