Selepas Amir, Ali Puteh juga dakwa stesen TV ada hutang tapi halalkannya

Oleh ROSLAN ZAMAN

Bekas peserta Raja Lawak keluaran Astro, Ali Puteh mendedahkan ada steven tv yang masih berhutang dengannya.

Namun kata pelawak itu, beliau bersedia untuk menghalalkannya selepas usaha stesen tv itu memberi sokongan kepadanya walaupun isu hangat sedang melanda dirinya pada waktu itu.

“Saya juga antara yang terpalit sama apabila pihak stesen televisyen berkenaan tidak melunaskan baki bayaran saya sebanyak RM3,000.

“Tapi saya halalkan kerana jasa mereka memberi saya job waktu saya dipulau ramai,”, kata Ali seperti dipetik oleh Mstar.

Sebelum ini, kecoh isu seorang bekas peserta Raja Lawak Amir yang mendakwa dirinya tidak dibayar oleh sebuah stesen Tv sebanyak RM18,000. Amir ketika itu merayu untuk dibayar bagi membayar rawatan kos pembedahan ayahnya yang sakit di hospital.

baca: Amir Hamzah dilantik menjalankan tugas Menteri Ekonomi