Seluar dalam siapa tertinggal? Tuan kedai pening cari ‘customer’ tertinggal seluar kecik

Oleh KIM SYAZIE

Kes seluar dalam tertinggal di sebuah gedung pakaian menjadi bahan jenaka dalam kalangan pengguna media sosial.

Kejadian di Hanoi, Vietnam itu dikatakan berlaku apabila salah seorang kakitangan kedai menjumpai seluar dalam tersangkut pada jeans yang dilonggok.

Insiden itu tular di media sosial selepas kakitangan kedai berkenaan menyiarkan gambar seluar jeans terbabit bersama seluar dalam untuk mengesan pemiliknya.

Mereka mencari pelanggan wanita dipercayai tidak sengaja meninggalkan seluar dalam selepas mencuba jeans di kedai itu.

Seluar berkenaan ditinggalkan dalam longgokan pakaian yang dicuba pelanggan, malah disifatkan penemuan tidak terjangkau dek akal.

“Kamu pasti tergesa-gesa. Jangan terkejut dan jangan fikir kami sengaja mencuri seluar dalam kamu.

“Kami belum menjual satu barang pun tapi sudah memperoleh untung,” kata kakitangan kedai itu dalam keterangan gambar yang dimuat naik di media sosial.

Selepas imej itu disiarkan, pengguna Internet tertanya-tanya bagaimana wanita itu boleh terlupa seluar dalamnya atau memang sengaja meninggalkannya di kedai itu. Perkara itu juga menjadi bahan jenaka di media sosial.

“Tergesa-gesa sangat ke anda sampai terlupa atau mungkin lebih baik untuk tidak memakainya kerana panas?” sindir seorang netizen.

Seorang lagi netizen mempersoalkan sama ada wanita itu tidak rasa ‘berangin’ tanpa memakai seluar dalam.

“Adakah anda perlu membuangnya selepas mencuba seluar? Tetapi siapa yang akan menjualnya? Dan yang lebih penting, siapa yang berani membelinya?” kata seorang netizen.

Baca juga: Masya-Allah, ajaibnya kuasa Tuhan! Kucing ini lahir dengan dua kepala