‘Semalam pergi sekolah, hari ni pergi kahwin’ – Pelajar tamatkan zaman bujang lepas habis SPM

Oleh MAISARAH AISYA

Apabila jodoh sudah sampai, maka siapalah yang mahu menolak rezeki seperti pelajar ini yang baru selesai menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Satu video dimuat naik di akaun TikTok @harryzulhairi, menunjukkan pelajar tersebut masih berseragam sekolah sehari sebelum majlis.

“Semalam pergi sekolah, hari ni pergi kahwin,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Warganet hadir memberi sokongan kepada pasangan muda itu namun ada juga yang masih tak nampak bayang jodoh walaupun sudah mencecah 30-an.

“Jodoh awal betul dik, akak 33, bayang pun tak nampak lagi,” komen seorang pengguna TikTok.

Seorang pengguna berkongsi bagaimana dia turut berkahwin selepas SPM, ketika rakan sibuk mencari ilmu di menara gading, dia sudah merasai pengalaman menjadi ibu.

“Macam saya selepas SPM dah kahwin, kawan-kawan sekolah ramai yang masuk universiti tapi saya dah timang anak.

“Bila lahir anak pertama ramai yang tanya, adik ke tu,” ujar @mawarmerah0404.

Rezeki, jodoh dan ajal semua Tuhan sudah aturkan. Jadi tak perlu merungut jika belum masa untuk mendirikan rumah tangga.

Baca juga: Baru siap MRT 2, dah ada motor parkir di laluan pejalan kaki