Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali berkongsi luahan hati menerusi media sosial selepas mengakui berasa semakin takut melihat pelbagai berita yang tular sejak kebelakangan ini.
Menerusi perkongsian di Threads, Nabila menitipkan pesanan buat dirinya sendiri agar tidak terlalu mengambil tahu urusan orang lain atau terikut-ikut menyertai kecaman beramai-ramai di media sosial.
“Sejak dua menjak ni baca news semua, menyeramkan.
“Setiap masa, akan tepuk dada pesan pada hati sendiri, jangan sibuk hal orang. Jangan nak follow up sangat dengan story orang. Jangan join kutuk berjemaah,” kongsinya di Threads.
Dalam masa sama, Nabila turut menitipkan pesanan agar sentiasa bersyukur selagi aib diri masih dilindungi dan tidak didedahkan kepada umum.
“Awak tu tak sempurna, sementara Allah masih tutup aib awak. Lebih baik perbaiki diri untuk jadi manusia yang lebih baik,” tulisnya.
Kebelakangan ini semakin banyak cerita-cerita tidak enak para selebriti dikongsi di media sosial hingga menjadi bahan kecaman para netizen.
Baca juga: Anak Norish Karman nafi malas kerja, dakwa ibu ‘sakit’ setiap kali nak cari duit lebih