Seronok melaram barang berjenama di TikTok, rupanya ‘maid’ rembat majikan punya

Oleh KIM SYAZIE

Seorang majikan berjaya menyita perhatian ramai setelah membuat satu pendedahan mengejutkan di media sosial, baru-baru ini.

Menurut wanita berkenaan, dia terperanjat apabila mengetahui bahawa pembantu rumahnya rupa-rupanya memiliki akaun TikTok.

Tercengang dibuatnya, orang gaji tersebut telah memuat naik video dengan menggayakan beberapa koleksi baju mewah milik majikannya.

Berlagak seperti orang kaya, pembantu rumah tersebut bagai mencuba nasib untuk menjadi ‘influencer’ atau selebriti media sosial.

Seperti dalam satu hantaran, pembantu rumah tersebut dilihat sedang merakam satu video sambil memegang vitamin milik majikannya.

Seolah-olah membuat video ‘marketing’, orang gaji berkenaan sempat menyarankan orang ramai untuk mencuba vitamin kesihatan itu.

“Dia pakai baju senaman saya, cermin mata, vitamin saya. Setelah itu buat video di dalam bilik saya. Kasut dan jaket milik saya pun dipakainya.

“Diam-diam buat macam itu bila saya tiada di rumah. Mahu jadi model ya Cik Nur (orang gaji) pakai baju majikannya,” seloroh wanita itu.

Mengaku rasa geli hati, majikan tersebut bagaimanapun khuatir sekiranya bekas pembantu rumahnya itu bertindak mencuri barang miliknya.

Hal ini kerana, beberapa helai baju berjenama kepunyaannya didapati hilang selepas orang gaji itu berhenti bekerja dirumahnya.

“Ada beberapa baju saya yang berjenama Louis Vuitton dan Zara pun sekarang berada di dalam simpanan dia. Gila ya, saya saya terkejut.” Luahnya.

Difahamkan, pembantu rumah itu sudah berhenti dan majikan itu bersyukur kerana barang perhiasan berharga tidak disimpan di dalam rumah tersebut.

Baca juga: 6 lelaki menyamar jadi petugas PBT, pau duit RM200 kononnya nak turap jalan