Pelakon popular Shah Rukh Khan kini mendapat gelaran billionair buat pertama kalinya selepas berpuluh tahun di dalam industri perfilemen sekaligus menajdi antara artis dunia paling kaya di dunia.
Kekayaan bersih pelakon berusia 59 tahun itu dianggarkan mencecah AS$1.4 bilion (RM5.8 bilion), demikian menurut senarai Hurun India Rich List 2025.
Selain berkecimpung di dalam dunia lakonan, Shah Rukh Khan juga merupakan pemilik syarikat produksi dan juga kelab kriket.
Sumber pendapatan lain pelakon itu adalah termasuk bayaran filem, iklan dan pelaburan hartanah di seluruh dunia.
Memetik dari BBC, status billionair Shah Rukh didorong terutamanya oleh pegangan sahamnya dalam Red Chillies Entertainment (syarikat produksinya) dan Knight Rider Sports (kelab kriket IPL miliknya).
baca: Pakai rantai salib, peminat persoal anak Shah Rukh Khan Islam atau Kristian