Singki merupakan antara tempat di dapur paling cepat kotor tapi malangnya, ia juga antara yang paling jarang diberi perhatian.
Mungkin sebab kedudukannya yang sering tersorok dan jarang dilihat tetamu, ia sering terlepas pandang.
Namun bila dah terlalu kotor, bukan sahaja mengundang bau yang kurang menyenangkan, malah boleh buat kita rasa loya setiap kali nak basuh pinggan!
Jangan risau da kongsikan cara mudah untuk membersihkan singki menggunakan bahan-bahan yang memang sedia ada di rumah seperti dikongsi portal Waktu.Ai.
Tip bersihkan singki biar nampak seperti baru
Bahan-Bahan:
- Cuka putih
- Baking soda
- Lemon
- Berus atau span
- Air sabun
- Kain microfiber
Cara-cara:
1. Bersihkan segala kotoran, sisa makanan
Pastikan tiada sisa makanan tertinggal dalam singki, boleh campur air suami dan pencuci pinggan dan tuangkan di sekiar kawasan singki.
2. Taburkan baking soda
Taburkan baking soda di seluruh permukaan singki, termasuk bahagian tepi dan bawah.
Baking soda bertindak sebagai agen penggosok lembut yang tidak akan merosakkan permukaan singki.
3. Gosok dengan cuka putih
Selepas tabur baking soda, tuangkan cuka putih ke atasnya. Reaksi antara cuka dan baking soda akan menghasilkan buih, membantu mengangkat kotoran degil.
Gosok singki dengan berus atau span dalam gerakan bulat, pastikan setiap sudut singki dibersihkan.
4. Gosok lemon pada permukaan singki
Potong lemon menjadi dua dan gosokkan pada permukaan singki. Asid dalam lemon membantu mengembalikan kilauan asal singki dan memberikan bau yang segar.
Biarkan ia selama beberapa minit.
5. Basuh dengan air sabun
Selepas selesai, ambil campuran air suam dan sabun pencuci pinggan dan jadikan ia untuk membersihkan kesemua bahan yang ada dalam singki tadi.
6. Keringkan dengan kain microfiber
Bila dah selesai kesemua itu, ambil kain microfiber yang kering dan lap singki hinggalah tiada air bertakung di dalam singki tersebut.
Pastikan cuci singki sekerap yang mungkin atau seminggu sekali agar ia tak tersumbat dan nampak kusam.
Baca juga: Isteri tahu diri dimadu ketika ‘anniversary’, suami bergaji RM1,200 nikahi janda anak 2!