Peminat pastinya terkejut apabila penyanyi kesayangan ramai itu membuat pilihan hati dengan seorang lelaki yang berbeza usia 20 tahun daripadanya.
Bagi Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, keputusan untuk berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya antara langkah paling mencabar dalam hidupnya.
Peminat pastinta terkejut apabila penyanyi kesayangan mereka memilih pasangan dengan jarak usia 20 tahun.
“Masa itu saya kata macam, okay saya reda lah. Kalau itu mungkin orang kata kerjaya saya pun dah mula menjunam ke apa, saya rasa saya reda.
“Bukan titik terendah lah kita panggil, tapi titik yang kita rasa kita dah macam reda. Apa nak berlaku, berlaku lah. Itu masa pasar sebelum jadi isteri.
“Sebab masa itu, saya… yalah, semua orang sedia maklum, Datuk K pun pernah berkeluarga dulu kan.
“Jadi saya memilih untuk berkahwin dengan Datuk K. Masa itu, peminat pun dah terbahagi dua, ada yang suka, ada yang tak suka. Ada yang setuju, ada yang tak setuju,” kongsinya dalam temu bau tersebut.
Pada masa sama, Siti percaya jika itu adalah jodohnya maka dia akan tetap meneruskan perkahwinan tersebut.
“Masa itu saya kata macam, okey saya reda. Kalau itu mungkin dah, orang kata kerjaya saya mula menjunam, saya tetap reda.
“Sebab saya cuba untuk pertama, itulah jodoh yang telah tertulis oleh Allah dan juga saya membina masjid.
“Rezeki Allah dah tetapkan. Apapun cabaran, dugaan ketika itu, saya serah pada Allah sahaja. Allah tentukanlah yang terbaik untuk saya. Kadang-kadang orang kata rezeki, jodoh, maut, semua di tangan Allah.
“Sebab apapun yang berlaku, di hujungnya nanti saya tak tahu apa yang Allah dah tentukan untuk saya,” ujarnya.
Malah selepas berkahwin, Siti tetap berusaha untuk terus kekal dalam industri meskipun sedar ada peminat yang sudah beralih arah.
“Selepas itu memang ada peminat yang terbahagi dua. Tak lama lepas saya dah bergelar isteri, mereka melihat macam mana Datuk K jaga saya.
“Saya masih lagi bekerja keras dalam industri. Akhirnya mereka semua kembali memberi kepercayaan kepada saya semula. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan itu.
“Itulah keadaan yang kalau ditanya, titik terendah saya itu. Bukan senang sebab ini adalah keputusan masa depan saya juga. Kalau silap, saya kena lalui sendiri. Alhamdulillah, saya bersyukur,” tambahnya.
Ujarnya, perkahwinannya dengan Datuk K sudah mencapai 20 tahun, apa yang penting adalah pasangan yang saling menjaga.
“Perkahwinan pun dah hampir capai 20 tahun. Yang penting pasangan kita ini, dia menjaga kita dengan baik. Sama-sama kita punya nawaitu itu sama.
“Perkahwinan itu hanya Allah yang menentukan bagaimana ia berakhir. Tapi biarlah berakhir sampai ke jannah,” kongsinya.
Baca juga: Beria sokong kempen ‘no bully’ tetapi rancak mengutuk orang di sosial media – Sweet Qismina