Pelik tapi benar, seorang suami merasa buntu mencari jalan untuk memenuhi keinginan luar biasa sang isteri yang sedang hamil.
Mana tidaknya, isterinya yang dikatakan mengidam itu tiba-tiba meluahkan hasrat untuk menikmati minuman keras iaitu arak.
Menurut wanita yang dikenali sebagai @Faazainal itu, dia tertanya-tanya apakah rasa sebenar air minuman keras seperti bir dan soju.
“Sayang, saya teringin arak, rasa macam nak minum. Macam mana ni? saya tertanya beer, liquor, soju macam mana rasa dia. Ini serius sayang.
“Sumpah saya mengidam. Masalah besar ni sayang,” luah wanita itu yang turut berkongsi tangkap layar perbualan mereka di akaun TikToknya.
Menerusi tangkap layar yang beredar, suami wanita dengan tenang meminta agar isterinya beristighfar dan mengingat Allah.

Jelasnya, meminum minuman keras adalah satu perbuatan yang terlarang dari sisi agama khususnya bagi mereka yang beragama Islam.
Sang suami turut mengingatkan isteri bahawa ibadat yang dilakukan tidak akan diterima selama 40 hari walaupun hanya minum setitik.
Berjaya menghindarkan isterinya dari perbuatan terlarang, suami wanita itu kemudian membawanya ke kedai untuk mendapatkan jus air sparkling.
Mengundang kecaman orang ramai kerana keinginannya yang berlebihan itu, video berkenaan kemudian dihapuskan dari akaun TikTok miliknya.
Baca juga: Pengantin meninggal ketika majlis berlangsung, adik pula terpaksa jadi ‘pengganti’