Suami dari neraka, sanggup sebar gambar bogel isteri hanya sebab ini

Oleh KIM SYAZIE

Berang dituduh curang dengan wanita lain, lelaki sanggup menyebarkan gambar isteri tanpa seurat benang di media sosial.

Lelaki berusia 41 tahun dari Indonesia itu dikatakan merakam gambar isteri selepas bersetubuh ketika melancong ke Dubai pada awal Mac.

Menurut peguam bela wanita berkenaan, Diah Lestrai, pasangan itu melancong ke Turkiye pada Rabu lalu lapor Detiksulsel.

Si isteri difahamkan mula menghadapi pertengkaran apabila mendapati suaminya bersembang bersama wanita lain di internet.

Mereka bertengkar sesama sendiri kerana adanya wanita lain dan saat itulah mangsa melihat foto bogelnya sudah disebar oleh si suami di media sosial.

Susulan daripada itu, mangsa bertindak untuk pulang ke Indonesia dan melaporkan hal berkenaan kepada polis Samarinda, Kalimantan Timur pada Sabtu lalu.

Baca Artikel Penuh