“Suami dipaksa kahwin lepas hamilkan rakan sekerja, katanya nak senang buka buku pink, aku hanya terdiam”

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak terkejut jika mengetahui suami curang, terlanjur hingga akhirnya ada benih daripada perbuatan zina tersebut.

Lebih memeritkan apabila suami tersebut sedar akan diri yang tidak berkemampuan untuk berpoligami dan memang tiada niat menghalalkan hubungan.

Seorang wanita yang sarat mengandung, Nur (bukan nama sebenar), tidak menyangka suaminya sanggup menghamilkan rakan sekerja.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Saya baru lima tahun berkahwin dan sekarang sedang mengandung tujuh bulan. Baru-baru ni, suami mengaku bahawa telah terlanjur dengan rakan sekerja sehingga mengandung dua bulan lebih.

Keluarga perempuan (digelar si A) mendesak suami untuk bertanggungjawab dengan menikahi si A.

Saya sebagai isteri pula dipaksa setuju (oleh keluarga perempuan tu) dengan perkahwinan baru suami bersama A untuk memudahkan nak buka buku pink bayi dan nasab bayi kepada suami.

Suami memang rasa bersalah dan meminta maaf bersungguh-sungguh akan perbuatannya tu.

Dia pun dalam dilema sama ada perlu berkahwin atau tidak dengan si A sebab dia memang sayangkan perkahwinan kami ni (katanyalaaa).

Katanya lagi, kalau berkahwin pun mungkin tak bertahan lama, lepas si A bersalin mungkin diceraikan sebab dia buat perkara terkutuk tu sebab terikut nafsu, bukan cinta tapi saya pula berfikiran sebaliknya.

Dah nama pun kahwin, mana tau lepas kahwin tu muncul perasaan suka pd si A tu sikit-sikit. Entahlaaa… Lagipun perkahwinan ni bukan mende main-main, kahwin hari ini esok cerai.

Ini soal tanggungjawab, nasab anak lagi. Kalau berkahwin pun, suami kata tak akan beri hak sama macam saya sebab memang suami tak rela dipaksa kahwin dengan A.

Mungkin dia terus lepas tangan lepas kahwin nanti. Suami juga enggan memberitahu kedua ibu bapanya atas sebab aibnya dan kalau diberitahu memang akan ditentang habis habisan perkahwinan baru ni.

Jadi, memang nak tak nak, kami kena hadap berdua untuk masa ni. Lepas suami kahwin baru akan diberitahu kepada keluarganya.

Sekarang suami sedang kumpul dokumen-dokumen yang diperlukan mahkamah tetapi pihak mahkamah kata, ambil masa lebih kurang sebulan juga sebelum dibicarakan.

Jadi boleh ke anak tu nanti dinasabkan pada suami? Sebab masa kahwin nanti mungkin kandungan dah mencecah tiga ke empar bulan.

Adakah pihak mahkamah boleh untuk tidak membenarkan suami daripada berpoligami atas sebab ketidakmampuan dari sudut nafkah zahir kerana suami bekerja biasa-biasa dan ada hutang.

Sesungguhnya saya pun tidak sanggup untuk bermadu di usia 30 tahun ni tapi saya pun faham dan kesiankan nasib si A bersama anaknya nanti.

Saya dah berdoa, bangun malam solat hajat tapi masih belum berjumpa petunjuk dan solusi yang terbaik.

Baca juga: “Aku dah terlanjur dengan dia macam suami isteri tapi family dia tak terima sebab aku kerja bawa treler”