Suami tak sedar terkahwin adik kandung sendiri, 6 tahun bersama siap ada dua anak

Oleh KIM SYAZIE

Seorang suami tidak dapat menerima hakikat selepas mendapati isteri yang dikahwininya selama enam tahun rupa-rupanya saudara kandungnya sendiri.

Kongsi lelaki itu di laman sosial Reddit, dia dan isteri mempunyai dua anak hasil perkahwinan tersebut, selain mengakui terkejut serta keliru selepas mengetahui hal sebenar.

Lelaki yang menetap di London itu berkata, dia diterima sebagai anak angkat dua minit selepas kelahirannya dan tidak tahu apa-apa tentang ibu bapa kandungnya kerana ia sebahagian daripada prosedur anak angkat secara tertutup.

Bagaimanapun, sejarah keluarganya terbongkar selepas dia menjalani ujian untuk melihat sama ada boleh menderma buah pinggangnya kepada isteri yang dikahwini selama enam tahun.

Lelaki itu berkata: “Isteri saya jatuh sakit sejurus anak kami dilahirkan dan kini memerlukan pemindahan buah pinggang. Kami memeriksa dengan saudara-maranya, namun tidak ada yang sepadan.

“Saya tahu kebarangkaliannya kecil tetapi saya memutuskan untuk menjalani ujian untuk melihat sama ada saya boleh mendermakan buang pinggang saya. Saya mendapat panggilan pada hari lain mengatakan bahawa ginjal saya sepadan.

Baca Artikel Penuh