Suu Kyi lelong rumah agam tempatnya dikurung selama 15 tahun pada harga RM705 juta, tapi tiada siapa yang bida

Oleh KIM SYAZIE

Rumah agam pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, dilelong pada Rabu dengan harga minimum AS$150 juta (RM705.82 juta).

Bagaimanapun lapor AFP, ia tidak menarik sebarang bidaan.

Rumah dua tingkat dan tanah seluas 0.8 hektar itu dijual berikutan pertikaian selama berdekad-dekad mengenai harta antara Suu Kyi yang ditahan sejak rampasan kuasa tentera pada 2021, dan abangnya.

Menjelang lelongan, AFP melaporkan terdapat sekumpulan kecil kebanyakannya wartawan berkumpul di luar rumah era kolonial di University Avenue itu, tidak jauh dari Kedutaan Amerika Syarikat.

Pegawai keluar dari pintu pagar dan mengumumkan pembukaan lelongan dengan menekan loceng kecil tiga kali.

Di atas pintu pagar, ada potret bapa Suu Kyi, wira kemerdekaan Aung San, manakala ada notis mengiklankan harga sebagai AS$150 juta berdasarkan kadar pertukaran rasmi.

Baca Artikel Penuh