Selepas seminggu mendiamkan diri dan memilih untuk tidak memberi apa-apa penjelasan, Syafiq Kyle mengambil langkah pertama memuat naik videonya bersama Mimi Lana.
Video yang dikongsi di Instagram itu merupakan kempen untuk sebuah produk coklat.
Sekalipun menyedari video dikongsi adalah komitmen bagi projek bersama pengeluar produk, namun, klip yang menampilkan Syafiq dan Mimi itu membangkitkan pelbagai persoalan termasuk apakah pengumuman pembatalan pernikahan baru-baru ini, sekadar gimik sahaja.
Sebaik viral, klip video yang menampakkan kemesraan pasangan itu, pantas mencetus pelbagai persepsi netizen.

“Kita kena prank ke,”
“Dia orang tak cakap pun putus tunang tapi hmm entahlah. Kita doakan yang baik-baik je lah. Semoga dia orang kahwin. Suka tengok dia orang together. Sepadan sangat”
“On ke tak on ni?”
Bagaimanapun ada yang berpendapat kandungan video berkenaan sekadar berkait dengan kerja, malahan ada yang membuat kesimpulan bahawa hubungan mereka berdua masih dingin kerana Syafiq tidak menyebut (mention) nama Mimi Lana dalam video berkenaan
Sebaliknya aktor diminati ramai itu hanya menyebut nama pengeluar produk tersebut dalam video yang dikongsikannya
Baca juga: Terima layanan VIP dari mentua Bangladesh, gadis tak menyesal nikahi abang kilang