Tindakan seorang penghantar makanan yang selamba menendang makanan selepas menjatuhkannya menaikkaan kemarahan ramai.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai makan, jelas terlihat pemuda tersebut seperti acuh tak acuh dalam mengendali makanan yang bakal dihantar.
Video tersebut dimuat naik di Twitter @malaysiaviralll yang berang akan tindakan penghantar makanan tersebut.
Lebih mengejutkan penghantar makanan tersebut memakai baju grab food tapi sebenarnya bekerja untuk Food Panda.
“Tak ada mood nak kerja, tutup je aplikasi tu. Tak perlu nak sepak makanan macam tiada otak. Bila kena banned (sekat) kau juga meraban (marah),” tulis ciapan tersebut.
“Sudah tahu tiada duit, carilah rezeki baik-baik. Bila miskin tiada kerja mula nak memekak (bising), inilah manusia jenis tak reti bersyukur.
“Bang kalau macam ini perangai baik tak perlu kerja, duduk rumah makan pasir dan jang bising tak ada duit. Kau tak ada mood, tak ada siapa paksa kau ambil pesanan,” antara komen warganet.
Malah ada yang memaklumkan bahawa ada sesetengah penghantar makanan yang berkongsi ID mereka dengan orang lain.
“Kadang susah nak trace. Banyak sangat bagi sewa ID, aku tadi baru kena rembat makanan.
“Sejam tunggu rupanya makanan dah checkout lama tapi order dia batalkan terus masuk ke aku.
“Aku tanya orang kedai hubungi siapa penghantar sebelum aku aku tu dia kata dia tak bawa dia bagi sewa orang. Bebal,” komen @Hazimasyraaf.