Tak kisah tinggalkan dunia glamor, model pilih kahwini pemandu lori

Oleh MAISARAH AISYA

Apabila sudah jatuh cinta maka pekerjaan pasangan bukanlah masalah asalkan ia datang daripada sumber rezeki yang halal.

Seorang model jelita memilih untuk meninggalkan dunia glamor demi berkahwin dengan suami yang hanya bekerja sebagai pemandu lori.

Menurut Tribunnews, kisah cinta tersebut dimuat naik sendiri empunya badan di TikTok @putrilistiana.

Menurutnya, dia sering mendapat cemuhan dan pandangan sinis daripada orang ramai semasa dalam fasa bercinta bersama suami.

Sosok Putri Listiana Model Cantik Istri Sopir Truk di Rembang: Sering  Kepikiran Menunggu Dia Pulang - Tribunjateng.com
sumber gambar: Tribunnews

Namun, gadis berasal dari Rembang, wilayah Jawa Tengah tersebut tidak mempedulikan kata-kata tersebut, sebaliknya berasa kagum dengan pekerjaan suaminya itu.

Malah, Putri sanggup meninggalkan dunia permodelan untuk hidup bersama lelaki itu bagi membolehkan dia kerap mengikuti suaminya menghantar barangan menaiki lori.

Hantaran yang dimuat naik Putri menjadi tular dan menerima banyak pujian daripada netizen yang mengagumi dirinya.

“Dia semakin cantik setelah berkahwin. Ia adalah bukti suaminya berjaya membahagiakan dia,” tulis seorang netizen.

Menurut tinjauan, pemilik TikTok itu sudah meletakkan profile kepada ‘private’ dan tidak lagi menjadi tatapan umum.

Baca juga: Ini 5 vokalis wanita punya vokal paling menyengat di atas pentas, Marsha Milan akhirnya setaraf Aina Abdul!