Tak perlu menghina atau mengecam, Fatiya Latiff nasihat netizen tak perlu hukum aib orang

Oleh MAISARAH AISYA

Isu pelakon yang berdua-duaan dalam satu kondominium hingga ditangkap khalwat sebelum ini telah menarik perhatian ramai pihak termasuk rakan artis.

Terbaru pelakon Fatiya Latiff menasihatkan orang ramai untuk tidak masuk campur akan hal melibatkan aib seseorang.

Menurut Kosmo! Online, Fatiya menerusi InstaStory menyatakan bahawa netizen tak perlu menghukum sebaliknya menyerahkan ia kepada Tuhan.

“Saya tidak mahu menyebut nama mana-mana pihak. Tapi tolonglah dengar mesej saya ini. Saya tahu mungkin kedengaran agak klise, tetapi hanya Tuhan sahaja yang boleh menghukum kita. Tak perlulah nak sebarkan aib orang.

“Tak kisahlah sama ada dia artis atau orang biasa. Saya sedih dengar berita ini. Bukan sedih sebab dia melakukan perlakuan itu, namun tak perlu nak sebarkan.

“Diam-diam sahaja. Media pun tak perlu campur. Faham tak?” katanya di InstaStory

Tak perlu hentam dan menghina

Setiap kali isu timbul pastinya pelbagai kata-kata negatif dilemparkan kepada pelaku namun bagi Fatiya tak perlu salah guna hak kebebasan bersuara.

“Di Malaysia, semua orang boleh lontarkan pendapat dan bersuara. Tetapi bukanlah dengan mengecam atau menghina.

“Tak perlu nak sebarkan kejahatan orang. Saya bukan nak tunjuk pandai. Walaupun kita bebas bersuara, tetapi kita kena tahu gunakan kebebasan itu.

“Tak boleh sewenang-wenangnya untuk bercakap. Kejadian itu tidak terjadi ke atas diri awak pun, tetapi awak nak sebarkan aib dia pula,” tegurnya.

Baca juga: Nabil tolak ‘offer’ ratusan ribu ringgit dari jenama lain, dedah kebaikan Jakel sanggup adakan ‘job’ untuknya masa susah