Tak sangka penduduk di tiga bandar ini diiktiraf paling bahagia di Malaysia

Oleh KIM SYAZIE

Tak sangka rupa-rupanya penduduk di tiga bandar ini telah diiktiraf sebagai bandar paling bahagia di Malaysia, sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun.

Mengikut kajian yang dijalankan tahun lalu, bandar raya Petaling Jaya, Manjung dan Kluang diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia.

Turut tersenarai adalah bandar Gua Musang, Klang, Kulai, Krai, Kuantan, Rompin dan Alor Gajah yang dipilih sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Dalam kajian ini, ukuran umum bagi indeks kebahagiaan terhadap tahap kesejahteraan penduduk meliputi aspek kesihatan, kesejahteraan, mental dan fizikal.

Penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan dan teratur adalah aspek utama yang menyumbang kepada tahap kebahagiaan.

Ia juga berkait rapat dengan tahap dan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Baca Artikel Penuh