Meskipun banyak anak muda zaman sekarang lebih selesa berhutang demi menambah aset, ada juga lebih selesa hidup bebas hutang.
Memilih gaya hidup bebas hutang, penyanyi Black Hanifah berkongsi mengenai villa miliknya yang di bina di Pulau Langkawi, Kedah dibina tanpa sebarang pinjaman bank.
Jelasnya, segala kos dibayar menggunakan wang simpanan peribadi dan hasil jualan beberapa aset lapor Kosmo! Online.
“Saya tak berhutang dengan mana-mana bank, semuanya dibayar tunai.
“Segala perniagaan termasuk villa itu hasil titik peluh sendiri, selain saya jual rumah untuk dijadikan modal,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Black sebelum ini pernah terlibat dalam dakwaan aktiviti pengubahan wang haram selepas memiliki kapal mewah dan sebidang tanah di Pulau Langkawi.
Namun dia menafikan tuduhan tersebut dan tegas menyatakan kesemua aset dimiliki adalah hasil sejak dia mula bergelar anak seni.
Kini dia memilih untuk tidak menghiraukan komen buruk yang dilempar netizen kepadanya dan percaya rezeki datang daripada usaha.
“Saya tak ambil peduli kalau ada yang bercakap buruk tentang saya. Bagi saya, kalau satu jari tunjuk ke arah saya, empat lagi tunjuk ke arah mereka sendiri.
“Saya percaya rezeki datang daripada usaha dan menabung. Sekarang saya dah buktikan,” tegasnya.
Baca juga: Tembikai jatuh harga sampai peniaga jual 99 sen je 1kg, apa dah jadi?