Takut didera suami lepas anak hilang, wanita nekad gantikan ‘anak kandung’, akhirnya lepas 40 tahun semua terbongkar

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak panik jika anak hilang apatah lagi diculik, ditambah pula suami yang baran, pastinya si ibu akan melakukan segalanya.

Seorang lelaki dari China, Yang akhirnya bertemu semula dengan keluarga kandungnya selepas 40 tahun terpisah.

Menurut South China Morning Post (SCMP), Yang Changlin jumpa rumah asalnya dengan bantuan polis.

Rupa-rupanya tiada sambutan hangat daripada keluarga kandung kerana sudah ada pengganti dirinya dalam keluarga tersebut.

Yang meninggalkan rumahnya di wilayah Hunan tengah China ketika berumur enam tahun untuk mencari ibunya.

Pada waktu tersebut, wanita itu pulang ke rumah keluarga di wilayah Guizhou di barat daya China.

Tindakan ibunya itu adalah untuk menjauhkan diri daripada suaminya yang kejam serta sering mendera.

Ketika itulah, Yang menaiki kereta api seorang diri dan sebelum diculik ketika dalam perjalanan.

Bagaimanapun, Yang menjadi anak angkat kepada seorang doktor perubatan tradisional Cina di Henan di tengah China, Li Laiying.

Berikutan itu namanya ditukar kepada Li Jiangang., disebabkan dia masih ingat akan usul maka dia nekad untuk mencari semula keluarga kandungnya.

Tahun ini, dia memutuskan untuk mendapatkan bantuan daripada Xiao Zhenyu iaitu pegawai polis Henan yang pakar dalam mencari saudara-mara hilang.

Menurut media tempatan, City Report, mereka akhirnya berjaya menjejaki rumah asal namun terkejut apabila mengetahui kewujudan lelaki dengan nama sama.

Rupa-rupanya si ibu meminta bantuan anak lelaki kepada abangnya Liu Shaobiao, untuk berpura-pura menjadi Yang Changlin pada 1991.

Tindakannya adalah untuk menyelamatkan diri daripada penderaan suami kerana takut dimarahi kerana anak tunggalnya itu hilang.

Menurut adik perempuan Yang, Identiti sebenar Liu kekal dirahsiakan sehingga bapa mereka meninggal dunia.

Walaupun dia menganggap Liu sebagai anaknya, ibu mereka tidak pernah berhenti memikirkan anak kandungnya sehingga kematiannya pada 2008.

Baca juga: Khas buat burung hantu, ini mi segera ‘tahan mengantuk’ pertama di dunia – Mengandungi kafein!