Tampar orang sesuka hati dalam LRT, wanita kurang siuman ditahan polis

Oleh KIM SYAZIE

Seorang wanita terkejut apabila dirinya ditampar ketika sedang beratur untuk keluar dari LRT di stesen Hang Tuah.

Terkejut dengan kejadian tersebut, pengguna Twitter @pei_loy itu terus memanggil polis bantuan untuk pertolongan.

Apa yang dapat dilihat, mak cik tersebut dikatakan kurang siuman dan tidak waras, jadi wanita itu dinasihatkan untuk buat laporan sahaja.

Tidak mahu kejadian berulang kembali, rakan wanita tersebut bertanya mengapa mak cik itu menampar namun dia cuba melarikan diri.

“Setelah dia mengetahui bahawa dia tidak dapat melarikan diri, dia terus menampar pipi kawan saya sehingga menyebabkan cermin mata rakan saya jatuh ke atas lantai dan pecah sebelah.

“Selepas itu, makcik itu telah ditahan dan segala siasatan telah dilaksanakan dengan cepat,” ujarnya.

Baca Artikel Penuh