Tanah Perbadanan Menteri Besar Kelantan pun kena lelong?

Oleh MALAYSIADATELINE

Tular gambar surat Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu mengenai Perintah Jualan Tanah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Tanah berjumlah 19.36 ekar itu dikatakan bakal dilelong pada harga rizab berjumlah RM31.77 juta.

Menurut pengguna Facebook, jumlah nilai tanah pula dianggarkan RM37.06 juta dengan deposit pembelian sebanyak 10 peratus.

Menerusi hantaran tersebut, jelas terlihat empat lot tanah masing-masing dengan alamat di Kota Bharu. Harga lelong empat tanah lot tersebut adalah di antara RM3 juta hingga RM17.28 juta.

Jelas tertulis Malayan Banking Berhad sebagai plaintif dan PMBK sebagai defendan.

“Menurut Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu mengenai Perintah Jualan dan Perintah bertarikh 31 Januari 2018 dan 6 Februari 2024, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar/Penolong Kanan Pendaftar Pusat Operasi e-Lelong di Kuantan”.

Baca Artikel Penuh