Tangan kiri tiada tindak balas, Faisal Halim berada dalam pemantauan rapi pihak hospital

Oleh WAN SITI AMINAH

Tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim kini berada di dalam pemantauan rapi pihak hospital selepas tangan kiri miliknya didapati sukar untuk bergerak.

Difahamkan, tangan pemain bola sepak yang berusia 26 tahun itu tiada tindak balas ekoran mengalami kecederaan teruk akibat insiden disimbah asid pada Ahad lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom menerusi satu hantaran tular yang dimuat naik di akaun media sosial X miliknya pada Selasa.

Baca Artikel Penuh