Belanja RM6.2 juta tapi macam ni je hasilnya…ramai terkejut tengok kompleks sukan di Terengganu

Oleh KIM SYAZIE

Mungkin ramai yang tidak tahu, pada 2018 kerajaan Terengganu telah membelanjakan RM6.2 juta untuk membina sebuah kompleks sukan di Jabi.

Menurut pelan asal, kompleks sukan itu bakal dilengkapi padang bola sepak, trek larian, gelanggang bola tampar dan banyak lagi.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu, ADUN Jabi dan Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim, telah memuat naik sebuah gambar yang mempamerkan Kompleks Sukan Jabi yang sudah siap, tetapi mengundang kecaman netizen.

Hasil pemerhatian mendapati padang tersebut agak kosong, tidak dilengkapi dengan trek larian mahupun balapan.

Kebanyakan mereka menyatakan bahawa RM6.2 juta yang dibelanjakan kerajaan untuk membina Kompleks Sukan Jabi itu seolah-olah indah khabar dari rupa kerana ia nampak saling tidak tumpah seperti padang sekolah.

Malah ada yang menyamakan dengan keadaan stesen bas di negeri Kelantan yang amat dhaif. Untuk rekod, Terengganu dan Kelantan adalah negeri di bawah pentadbiran Pas.

Selain itu, sebahagian netizen turut mempersoalkan tempoh masa yang diambil iaitu lima tahun untuk menyiapkan padang bola versi minimal ini.

Baca juga: Nak ikut trend, wanita menyesal makan ‘donut peach’ lepas masuk kecemasan, minta semua hati-hati