Pernah diperintah oleh waris dan keturunan Kesultanan Melayu suatu ketika dahulu, Singapura kini membangun menjadi negara yang sangat maju.
Terpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 lalu, Singapura membentuk sebuah negara Republik ‘kelas pertama’ yang bebas serta berdaulat.
Namun tahukah anda, waris Sultan Melayu Singapura yang terakhir sebenarnya masih wujud dan hidup seperti rakyat biasa di negara itu.
Mencari rezeki dengan menjadi tukang cuci dan pemandu teksi, siapa sangka sosok yang hidup penuh bersederhana itu sebenarnya kerabat diraja.
Bukan cerita rekaan, itulah realiti kehidupan yang terpaksa dialami oleh waris Sultan terakhir Singapura, Sultan Hussein Shah.
Pernah hidup senang lenang di Istana Kampung Gelam, mereka kemudian diminta berpindah agar istana dapat dibaikpulih dan dijadikan sebagai muzium.
Keluar dari istana setelah menerima pampasan dari Kerajaan Singapura, kehidupan mereka berubah sekelip mata termasuklah bagi Tengku Faizal.
Reda menerima takdir demi meneruskan kehidupan, Tengku Faizal pernah bekerja sebagai tukang cuci di sebuah kondominium di Singapura, lapor Reuters.
Sangat menyayat hati, waris diraja yang berusaha untuk mencari rezeki halal itu malah sering disindir dengan gelaran ‘anak raja pengendali sampah’.
Hidup dalam serba kekurangan, Tengku Faizal kini memandu teksi persendirian di sekitar Singapura demi menampung kehidupan keluarga.

Berdepan dengan masalah kewangan, isteri Tengku Faizal juga terpaksa bekerja secara sambilan di restoran makanan segera untuk membantunya.
“Kami otak beku, kami tak kaya. Kami cuma ada gelaran sahaja.” Kata Faizal yang terpaksa memohon bantuan dari kerajaan memetik Reuters.
Oleh kerana Faizal dan isteri bekerja, kerajaan Singapura telah memberi bantuan kewangan untuk menampung yuran pusat jagaan anaknya.
Baca juga: Senarai 5 kanak-kanak paling kaya di Malaysia, ramai tak kenal nombor 1