Umum sedia tahu penyanyi, Caprice sering membawa mangsa-mangsa yang ditindas ke podcast untuk menceritakan pengalaman mereka.
Bagaimanapun tindakan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli ditentang netizen yang mengharapkan ada cara lain boleh dilakukannya.
Caprice mengumumkan akan menubuhkan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Munafik Hunter selepas menerima ratusan aduan.
“Disebabkan Cap tiba-tiba terima lebih 500 aduan dalam masa 24 jam, pihak kami membuat keputusan untuk menubuhkan NGO.
“InsyaAllah anda boleh daftar sebagai sukarelawan atau hantar aduan yang akan disiapkan sebelum pukul 9 malam keesokan harinya.
Walaupun ada yang menyokong tindakannya itu namun ada yang bimbang kes sebegini akan memburukkan nama Islam.
“Kaji betul-betul penggunaan nama MUNAFIK HUNTER ni. Maksud Munafik ni luas. Tak semestinya munafik ni hanya untuk pak lebai yang didakwa kononnya buat sumbang mahram, belakang tabir.
“Manusia biasa yang sembang pasal islam kononnya dialah pembela agama tapi mengizinkan isterinya tayang aurat dekat media sosial, jual vape secara terangan yang ulamak dah sepakat hukumnya HARAM.
“Ini pun boleh dikira MUNAFIK tau. Kaji dulu. Jangan ikut nafsu dan ego semata-mata kerana dendam terhadap individu,” komen seorang pengguna Instagram.
Rata-rata netizen uga bimbang jika Caprice terlalu taksub dalam membuka aib orang lain hingga lupa untuk selesaikan masalah.
“Kalau betul nak bongkar, biar sampai mangsa dapat pengadilan dan pelaku terima hukuman, bukan setakat podcast sahaja, tak selesai masalah.
“Munafik hunter? Buat kerja tuhan ke nak menilai seseorang tu munafik ke tak?
“Populariti bukan satu perkara yang melayakkan dan membolehkan kita untuk berbuat sesuka hati. Buka aib ni boleh didalam mahkamah dan semasa menjatuhkan hukuman. Mengaji lagi elok, buat NGO ‘Ilmu Hunter’,” antara komen netizen di Instagram Caprice.
Baca juga: Pembaca berita wanita ‘kantoi’ bercinta dengan pengkid, siap kirim bunga ke stesen TV!