Terkejut dengar pendedahan jujur pelancong asing ini mengenai Malaysia, ‘banyak sampah, jalan kaki susah’

Oleh KIM SYAZIE

Terkenal sebagai negara makmur yang berbilang kaum, Malaysia sering dipilih sebagai destinasi percutian oleh pelancong asing.

Negara ini juga mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi seperti tempat beribadat, hutan, pulau dan sebagainya.

Namun begitu, kekurangan yang sering dipandang enteng oleh pihak berwajib telah mencacatkan pandangan orang luar terhadap negara kita.

Sebelum pulang ke negaranya, seorang pelancong asing berkongsi pandangannya tentang kemudahan pejalan kaki di Malaysia.

Menurutnya, sangat sukar buat pejalan kaki untuk mengunjungi destinasi yang diingini kerana kemudahan disediakan sangatlah terhad.

“Satu-satunya perkara yang saya rasa sukar di KL (Kuala Lumpur) ialah ia tidak mudah untuk dilalui. Bagi warga asing, berjalan kaki bukanlah pilihan tepat. 

Baca Artikel Penuh