Terkejut jumpa syiling emas, lelaki gembira lepas tahu nilai lebih RM4 juta

Oleh KIM SYAZIE

Siapa sahaja tidak gembira apabila terjumpa syiling bernilai jutaan ringgit, pastinya merasa seperti bulan jatuh ke riba.

Tidak mahu identitinya terdedah lelaki dari Washington menjumpai syiling emas zaman perang saudara Amerika Syarikat.

Lebih mengejutkan jumlahnya bernilai lebih AS$ 1 juta (Rm4.56 juta) di sebuah ladang jagung di Kentucky.

Menurut portal berita Insider, lelaki tersebut tidak mendedahkan dengan tepat lokasi penemuan duit syiling tersebut.

Video lelaki tersebut bagaimanapun disiarkan di laman Youtube GovMint oleh individu yang menjual duit lama.

Terlihat lelaki yang menjumpai syiling itu sangat gembira apabila mengetahui nilai syiling tersebut.

Menurut GovMint.com, syiling emas, yang dipanggil Great Kentucky Hoard, bermula dari tahun 1840 hingga 1863.

Simpanan itu terdiri daripada $1 Gold Indians, $10 Gold Libertys dan $20 Gold Libertys, serta beberapa 1863 Gold Liberty Double Eagles.

Dia menganggap penemuan itu sebagai sesuatu yang ‘sangat gila’.

Akhbar The New York Times menganggarkan harta karun itu bernilai lebih AS$1 juta.

“Ini adalah apa yang setiap pemburu harta karun impikan dan lelaki itu mengalaminya,” kata seorang netizen di YouTube.

Baca juga: