Terkejut tiada bekalan elektrik dan air, pelancong anggap hotel di Singapura paling teruk

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pelancong menggelar sebuah hotel di Singapura sebagai yang paling teruk di dunia, lapor Agensi memetik portal berita AsiaOne.

Pelancong berkenaan memberikan gelaran sedemikian selepas dia tidak mendapat bekalan elektrik ketika menginap di hotel tersebut baru-baru ini. 

“Tidak ada air dan elektrik untuk sepanjang malam. Tidak ada bayaran balik. Tiada permohonan maaf,” katanya.

Berikutan pengalaman buruk, wanita dari Hong Kong tersebut enggan datang melancong semula ke Singapura.

“Apabila saya mendaftar masuk pada waktu malam 1 April lalu, kakitangan (hotel itu) memberitahu saya bahawa  tiada bekalan elektrik dari pukul  2 pagi hingga 5 pagi kerana pemeriksaan tahunan.

“Kakitangan hotel tahu kebimbangan saya dan memberitahu ketiadaan bekalan elektrik itu bukanlah selama tiga jam. 

Baca Artikel Penuh